Batalion Semula Jadi
Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Agung, Allah yang menjadikan tubuh kita dengan sebaik-baik ciptaannya. Di bekalkan dalam tubuh kita ini tenteranya untuk melindungi si pemilik tubuh.
Maha hebat ciptaan Allah, tapi masih ramai yang tidak menghargainnya. Masih lagi acuh tak acuh dalam menjaga ciptaan Allah yang hebat ini.
Dari saat kita dilahirkan, badan kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai ancaman kesihatan. Penyerang yang tidak kelihatan ini boleh berada di permukaan yang kita sentuh, makanan yang kita makan, atau juga dalam udara yang kita bernafas.
Syukurlah kita dikurniakan dengan pertahanan
semula jadi untuk menghalang penyerang yang
tidak diingini ini atau menghapuskan penyerang
yang telah masuk ke dalam badan anda. Sistem
pertahanan semula jadi ini digelar sistem imun,
dan fungsi keseluruhannya adalah untuk
memastikan kita sihat dan kuat supaya seluruh
badan anda berfungsi dengan baik.
Hargailah apa yang kita ada sekarang ini.
Comments
Post a Comment